Saturday, 15 December 2012

Kata Hubung

Kata hubung

-Kata hubung ialah bentuk kata yang menghubungkan kata dengan kata,frasa dengan frasa,klausa dengan klausa, dan ayat dengan ayat. Kata hubung terbahagi kepada dua.
  • Kata hubung gabungan
  • Kata hubung pancangan

Kata hubung gabungan

Contoh:
  atau, dan, lalu, sambil, kecuali, serta, maka, malahan, padahal, walhal, sedangkan, selama.

Kata hubung pancangan

Contoh:
  jika, kalau, supaya, apabila, ketika, sejak, kerana, untuk, sebelum, walaupun, setelah, hingga,       manakala, agar, jikalau, semoga, andai kata, tatkala, sungguhpun, meskipun, sementara, semenjak, sehingga, sampai, bahawa.


Lengkapkan ayat di bawah dengan kata hubung yang sesuai.

1.Kamil bersarapan __________ ke sekolah.
2.Ahmad ________  dan Azlina murid yang pintar.
3.Saya akan datang ________ibu benarkan.
4.Kita akan berlatih setiap hari ________pada hari cuti.
5.Syila tidak pasti hendak memilih baju yang berwarna biru ________kuning.
 


No comments: