-Kata hubung ialah bentuk kata yang menghubungkan kata dengan kata,frasa dengan frasa,klausa dengan klausa, dan ayat dengan ayat. Kata hubung terbahagi kepada dua.
- Kata hubung gabungan
- Kata hubung pancangan
Kata hubung gabungan
Contoh:
atau, dan, lalu, sambil, kecuali, serta, maka, malahan, padahal, walhal, sedangkan, selama.
Kata hubung pancangan
Contoh:
jika, kalau, supaya, apabila, ketika, sejak, kerana, untuk, sebelum, walaupun, setelah, hingga, manakala, agar, jikalau, semoga, andai kata, tatkala, sungguhpun, meskipun, sementara, semenjak, sehingga, sampai, bahawa.
Lengkapkan ayat di bawah dengan kata hubung yang sesuai.
1.Kamil bersarapan __________ ke sekolah.
2.Ahmad ________ dan Azlina murid yang pintar.
3.Saya akan datang ________ibu benarkan.
4.Kita akan berlatih setiap hari ________pada hari cuti.
5.Syila tidak pasti hendak memilih baju yang berwarna biru ________kuning.